Sunday, November 21, 2010

Kehidupan....

Salam!!!
Hrmmm pernah x korang dngr petikan ni:

Kadang2 Allah sembunyikan matahari,
Dia dtgkan hujan dan petir,
Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Dia dtgkan pelangi.

Haaa!!! petikan ni bkan aku cipta ekk tp aku amik kat dlam filem Syurga Cinta. Bagi aku ayat ni betul2 buat aku terfikir tentang kehidupan aku sekarang ni. Sesungguhnya Allah memberikan kepada aku apa yang diperlukan di dunia ini, bukan apa yang aku mahukan. Faham!!! haha. Tapi, pe kaitannye ngan tajuk post aku ni. Hrmmm!!! Kehidupan....... Hidup ni penuh dgn kejutan. Kdg2 kite menangis, kdg2 kite ketawa, kdg2 kite takut n kdg2 kite rase kite dlm kesunyian. Tapi, itulah kehidupan, ia tidak statik tp penuh dgn liku. Di atas dunia inilah aku belajar bahawa tidak semuanya indah kat atas muka bumi ini. Namun, tidak semestinya dunia ini hanya dipenuhi dgn kepahitan dan keperitan. Di sinilah aku menemui seorang rakan yg sentiasa membantu aku tatkala aku dlm kesusahan, seorang sahabat yg sentiasa bersama dgnku tatkala aku menitiskan air mata, seorang teman yg sentiasa membimbing aku untuk aku mengenali erti cinta yg sejati. Terima kasih rakan kerana tanpa dikau tidak mungkin aku mampu mengharungi perit kehidupan ini. Terima kasih sahabat kerana sentiasa bersama denganku tatkala aku diselubungi kesedihan. Terima kasih teman kerana telah membawa aku mengenali cinta Yang Maha Esa. Akan ku titipkan doa kesejahteraan ke atas kamu di dunia dan di akhirat. Moga dikau mendapat apa yg engkau kehendaki. Insyaallah....






No comments:

Post a Comment